Call of Duty: Warzone Mobile adalah sebuah permainan mudah alih dibangunkan oleh Activision untuk peranti mudah alih. Namun begitu, permainan ini tidak dapat bertahan lama dan pihak Activision telah mengumumkan bahawa server permainan ini akan ditutup secara rasmi pada 17 April 2026.
Menurut kenyataan rasmi, server permainan ini akan ditutup sepenuhnya dan pemain tidak lagi boleh log masuk atau bermain selepas tarikh tersebut. Semua fungsi atas talian akan dihentikan, dan tiada refund untuk baki COD points yang tidak digunakan oleh pemain. Sebelum ini juga, permainan ini telah dikeluarkan dari Google Play Store dan Apple App Store dan pembelian dalam permainan (in-game purchase) telah dihentikan lebih awal. Ini bermakna, 17 April 2026 akan menjadi tarikh terakhir untuk pemain habiskan apa sahaja progress atau baki COD points yang masih ada dalam akaun.
Untuk peminat franchise Call of Duty, tidak perlu risau kerana mereka masih boleh lagi permainan daripada siri yang sama, Call of Duty: Mobile. Permainan ini tidak akan terjejas dengan penutupan server ini dan masih menerima kemaskini serta kandungan baharu seperti biasa.

Leave a Reply