Instagram kini memperkenalkan fungsi suntingan komen, fungsi yang paling ditunggu pengguna media sosial.

Melalui fungsi ini, pengguna boleh sunting komen sendiri pada mana-mana post. Ini membenarkan pengguna untuk betulkan typo atau ubah ayat dengan cara yang paling mudah, tanpa perlu padam dan menulis semula komen. Hanya perlu tekan “Edit” di bawah komen dan satu ruangan kotak akan muncul, membenarkan pengguna untuk sunting komen sedia ada.

Namun begitu, ada beberapa limit pengguna perlu tahu. Pengguna boleh sunting seberapa banyak yang mereka mahu tetapi hanya dalam tempoh 15 minit selepas komen yang pertama. Komen yang telah disunting akan dilabel sebagai “Edited“, namun pengguna lain tidak akan melihat sejarah komen yang sebelum ini.
Sebelum ini, Instagram juga telah menawarkan fungsi suntingan mesej pada ruangan Direct Message (DM). Fungsi suntingan komen adalah satu penambahan baharu yang melengkapkan pengalaman pengguna.

Leave a Reply